Teh-C Peng Special

MINUMAN ISTIMEWA DARI SARAWAK

Bila bertandang diluar atau lepak-lepak di kedai kopi, sudah pastinya tekak kita pasti tercarik-carik air minum yang berbeza dari apa yang kita biasa minum di rumah.

Antara air minum @ bancuh yang popular di Sarawak adalah Teh-C Peng Special, yang biasanya HANYA terdapat di kedai kopi kerana process pembuatan nya yang agak special.

Teh-C Peng merupakan teh-c atau teh campur susu cair berais,

Bila di sebut special ya, maknanya Teh ya dicampur dengan barang yang bukan biasa, lain dari lain iaitu gula apong yang kebiasaannya hanya terdapat di Sarawak.

Sik semua kedai ada jual Teh C Peng Special kerana faktor Gula Apong jarang dipakey dalam pembuatan air. Mun nk encerik Teh-C Peng Special kenak carik di kopitiam atau kedai kopi lamak, baru mudah nak nemu teh-c peng special.

Teh-C Peng Special biasanya dijual dengan harga yg agak mahal sedikit dari teh ais biasa kerana rasanya yg jauh lebih berbeza.

Kepada yang belum try ya, boleh-boleh la try Teh-C Peng lepas tok. Selamat mencuba….

Teh-C Peng Special Kubah Ria
(Gerai Ting/David)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *