Atlet Sarawak Cemerlang di Sukan Sea

Kecoh lam internet madah, atlet dari Malaysia Borneo dipinggirkan. Tapi sebenarnya ada rami atlet Sarawak yang terbabit dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Bukan Setakat atlet jadi Officer dan ketua untuk acara sukan pun ada.

Yalah kita kinek tok suka gilak nak nenggar & maca cerita ‘muka pintu’ nak masok ke dalam benar-benar ya malas, jadi dengar cerita ajaklah ujung nya.

Apa-apa pun tahniah kepada atlet-atlet kita dan juak petugas-petugas serta pegawai-pegawai sukan Sea dari Sarawak. Emas, Perak, Gangsa ya cerita nombor duak, yang penting kitak orang dah ada di sia untuk membantu mengharumkan nama Malaysia.

Harap lebih banyak atlet kita bersinar di peringkat antarabangsa lepas tok.

 

Dengan lebih 10 emas berjaya dituai atlet kelahiran Sarawak dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, Kerajaan Negeri Sarawak akan mempertimbangkan ‘durian runtuh’ kepada mereka.

Menteri Muda Belia dan Sukan Negeri, Snowdan Lawan, berkata bentuk insentif yang ditawarkan itu bagaimanapun belum diputuskan oleh kementeriannya.

“Ia akan ditentukan setelah insentif daripada kerajaan pusat diumumkan.

“Kami tidak mahu mendahului kerajaan pusat, sebaliknya ganjaran kami harus tidak membayangi pemberian pusat,” katanya ketika ditemui, sebentar tadi.

Pun begitu kata Lawan, kejayaan wira negara kelahiran Sarawak dalam temasya itu akan diraikan dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri Sarawak 2016 pada minggu hadapan.

“Kami berharap kejayaan mereka akan menjadi insipirasi dan membakar semangat atlet muda negeri ini,” tambahnya.

Seramai 42 atlet Bumi Kenyalang memikul amanah negara untuk 18 jenis dalam temasya itu, dan malam ini Malaysia telah menoktahkan kejuaraan keseluruhan dengan merangkul 111 pingat emas.

Antara atlet emas kelahiran Sarawak yang cemerlang dengan menuai emas termasuklah Pendelela Rinong Pamg (terjun, dua emas), Welson Sim Wee Sheng (renang, dua emas) Jackie Wong (olahraga, satu emas), Grace Wong (olahraga, satu emas), Diana Bong Siong Lin (wushu, satu emas) dan Loh Jaek Chang (wushu, satu emas).

sumber: http://www.stadiumastro.com/sukan/kl2017/artikel/sukan-sea-durian-runtuh-tunggu-atlet-sarawak-tuai-emas/55829

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *